Novel

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH oleh MZ ELYSA

SINOPSIS

Adit seorang anak orang asli yang bersemat gigih untuk mengubah nasib keluarganya….

Novel Sukar Membawa Tuah oleh M.Z. Erylsha

Sinopsis Novel

Novel Sukar Membawa Tuah karya M.Z. Erylsha mengisahkan kesukaran hidup Adit yang merupakan seorang remaja daripada kaum Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman. Kehidupan mereka hanya bergantung pada hasil-hasil hutan, kampung mereka kekurangan kemudahan infastruktur, tambahan pula mereka tidak mementingkan pendidikan dan masih berpegang teguh pada kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Dalam diam-diam Adit menaruh impian untuk bersekolah. Pada mulanya hasratnya itu dibantah oleh ayahnya Pak Katan yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Akhirnya Aidit bersekolah juga, namun begitu dia tidak mendapat kemudahan untuk tinggal di asrama. Hal  ini menyebabkan dia terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari dengan menumpang kenderaan Ah Tong, pekerja balak. Walaupun terpaksa berulang-alik, Adit tidak pernah ponteng sekolah.  Pada suatu hari Adit ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya menjadi tempang. Walaupun cacat, keadaan itu tidak melemahkan semangat Adit untuk meneruskan persekolahannya. Akhirnya Adit ini telah mendapat tempat di asrama.  Dia berkongsi katil dengan sahabatnya Akeh. Adit menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Kejayaan Adit menyebabkan semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR.  Dia ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit  berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.

 

Watak & Perwatakan

Watak Utama

Adit

  • anak sulung kepada Pak Katan dan Mak Tawi, berusia sepuluh tahun.
  • berketurunan Orang Asli – berkulit hitam, bertubuh kurus kering dan lebih selesa berkaki ayam.
  • anak yang taat dan rajin membantu orang tua – mengikut bapanya ke hutan untuk mencari rotan dan mengutip damar
  • gigih menuntut ilmu – walaupun menghadapi pelbagai halangan dan dugaan, namun Adit tetap ke sekolah demi menuntut ilmu hingga berjaya mendapat 3A dalam UPSR
  • berpandangan jauh – mahu bersekolah dan berjaya dalam pelajaran demi masa depan diri dan keluarga – menyedari bahawa ilmu amat penting untuk mengubah keadaan masyarakatnya yang sangat daif dan mundur
  • menghormati orang lain – mengucapkan terima kasih kepada Pak Atan, pemandu lori balak yang ditumpanginya sewaktu pulang dari sekolah.
  • cekal – walaupun Adit menjadi tempang akibat kemalangan yang dialaminya, keadaan tersebut tidak mematahkan semangat Adit untuk terus bersekolah.

Watak Sampingan 

Pak Katan

  • bapa kepada tujuh orang anak termasuk Adit dan suami Mak Tawi.
  • merupakan Orang Asli yang berketurunan Jahut dan tinggal di Kampung Bakai – sebuah desa terpencil di kaki bukit Lokan.
  • bekerja sebagai pemungut rotan dan damar sejak usianya sebaya Adit – pekerjaan tradisi yang telah diwarisi sejak turun-temurun
  • sangat miskin – bergantung hidup pada hasil hutan untuk menyara keluarganya.
  • prihatin terhadap kehendak anak – berusaha mencari jalan untuk memenuhi kehendak Adit yang mahu bersekolah
  • penyayang – sayang kepada anak-anaknya – sanggup bersusah payah mencari Adit yang masih tidak pulang dari sekolah walaupun hari telah malam

Mak Tawi

  • ibu Adit dan isteri Pak Katan.
  • rajin – menyediakan bekal untuk Adit ke sekolah dan untuk Pak Katan ke tempat kerjanya.
  • penyayang – sayang kepada anak-anaknya – cemas apabila Adit masih tidak pulang dari sekolah walaupun hari telah malam.

Ah Tong

  • seorang tauke berbangsa Cina, berperut buncit dan memandu sebuah jip.
  • penyelia di syarikat pembalakan – sering berulang alik dari tempat kongsi balak ke pekan untuk mengambil minyak.
  • baik hati – sanggup menumpangkan Adit ke sekolah setiap awal pagi dalam perjalanannya ke pekan. Turut mengambil Pak Katan bekerja dengannya sebagai pembantu pembalak.
  • meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya

Akeh

  • salah seorang kawan baik Adit dan merupakan satu-satunya kawan Adit yang bersekolah.
  • tinggal di asrama di sekolah yang terletak di pekan – kehidupannya sebagai pelajar lebih teratur
  • pandai – tergolong sebagai seorang pelajar yang pandai di sekolahnya
  • berdedikasi dan berwibawa – merupan seorang pengawas di sekolahnya
  • bercita-cita tinggi – menyimpan impian untuk menjadi jurutera – berjanji akan membina jalan raya masuk ke kampungnya dan sebuah rumah batu yang besar untuk keluarganya setelah menjadi jurutera suatu hari nanti.

Tok Batin Ahboi

  • ketua komuniti masyarakat Orang Asli di Kampung Bakai.
  • berusia 75 tahun – merupakan lelaki yang paling tua di kampung itu – mempunyai pengalaman hidup yang lebih luas berbanding ahli-ahli sukunya yang lain.
  • merupakan ketua adat bagi kaum Orang Asli di situ – nasihat dan pandangannya diterima oleh penduduk kampung. Arahannya untuk mencari Adit yang hilang ketika pulang dari sekolah dipatuhi oleh anak-anak buahnya.
  • prihatin terhadap kebajikan anak-anak buahnya – walaupun hidup serba kekurangan, Tok Batin tetap memberikan bantuan kepada keluarga Pak Katan sepanjang Pak Katan dan Mak Tawi berada di hospital kerana menjada Adit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s