Tatabahasa

Latihan 1

Soalan 1 hingga Soalan 8
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 Sudah _________ tahun lamanya, Pak Rahim bekerja di Belanda.
A berpuluh
B berbulan-bulan
C berpuluh-puluh
D berminggu-minggu
2 _____________ remaja terlibat dengan gejala sosial kerana kurang perhatian daripada ibu bapa.
A Suku
B Separuh
C Setengah
D Sesetengah
3 Polis telah berjaya menangkap ____________ orang penjenayah yang sangat dikehendaki itu.
A kedua
B dua-dua
C kedua-dua
D kedua-kedua
4 Baju pengantin itu dibuat ____________ kain yang bermutu tinggi.
A daripada
B sejak
C dalam
D dari
5 Janganlah mudah percaya _________ berita yang tidak tentu kesahihannya.
A akan
B kepada
C dengan
D tentang
6 Untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan tersebut, air telah _________ oleh pihak berkuasa.
A dicatu
B dikawal
C dihadkan
D dibahagikan
7 Malek Maidin ____________ nama sebagai lelaki pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merenangi Selat Inggeris.
A mengukir
B menempa
C menempah
D membentuk
8 Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengacara itu hanya untuk __________ akal para peserta.
A memikir
B mencuba
C menduga
D merancang
Soalan 9 hingga Soalan 14
Ayat-ayat yang dipaparkan mungkin betul dan mungkin salah. Jika ada kesalahan. Kesalahan itu telah ditanda dengan A , B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
9 Para-para peserta diminta berada di padang pada pukul 3.00 petang.
A Para-para
B berada
C pada
D Tiada kesalahan
10 Anda perlu menjawab semua soalan dalam masa satu suku jam.
A menjawab
B semua
C satu suku jam
D Tiada kesalahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s