Bahan Rangsangan

BAHAGIAN B

Langkah-langkah;
1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan,  3/4 Perenggan Isi/huraian,  1 Perenggan Penutup.
3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan itu, Justeru dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.

Ciri-ciri karangan yang cemerlang
( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).

1. Ayat yang gramatis.
2. Kosa kata yang luas dan tepat.
3. Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
4. Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
5. Isi menepati kehendak soalan
6. Huraian isi matang dan berkembang.
7. Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
8. PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).

Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.

Cara menulis isi karangan.

Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.

Cara penulisan penutup.

Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Contoh karangan berdasarkan bahan rangsangan

[Tajuk karangan] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang serius. [Ayat Arahan : Fokus karangan] Jadi, langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk menjaga alam sekitar.

[Isi penting 1] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. [Ayat Huraian/contoh] Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan bahan-bahan kitar semula demi membendung pencemaran alam.

[ Isi penting 2 ] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan. [Ayat Huraian/contoh] Sampah sarap haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah dan dihantar ke tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah.

[ Isi penting 3 ] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. [Ayat huraian/contoh] Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnya haruslah ditutup agar fenomena pemanasan global dapat dikurangkan.

[ Isi penting 4 ] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran. Tumbuhan-tumbuhan akan mengeluarkan oksigen ke atmosfera dan menyerap karbon dioksida sekali gus melestarikan kesegaran udara.

[Ayat penutup] Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar kita. [Ayat Penegasan] Pencegahan lebih baik daripada pemulihan.

http://mindabahasa.wordpress.com/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s